Both Of Us
Dah nak...raya?!
Friday 1 July 2016 • 00:17 • 0 comments

Assalamualaikum!

Sedar tak sedar, separuh sedar, sedar sikit atau tak sedar langsung, kita dah sampai ke hari Jumaat yang terakhir bagi bulan Ramadan tahun ni! Cepat betul masa berlalu...rasa macam baru dua minggu puasa. Sedih pula rasa bila Ramadan nak pergi meninggalkan kita semua. Sedih sebab perginya bulan yang penuh dengan barakah. T-T tsk tsk. In Shaa Allah kita akan bertemu dengan Ramadan akan datang. 
Tapi, walaupun rasa sedih sebab Ramadan nak pergi, kita juga rasa gembira pada masa yang sama! Sebab apa?

"Berlalulah sudah Ramadhan, sebulan berpuaasaaa..Tiba Syawal kita rayakan, dengan rasa gembiiraaa..."

Yey yey! Rayaaaaa~
Bila nak hari raya ni, orang yang duk bandar Shah Alam KL ni semua pegi kampung. Ada yang kampung kat Kedah la, Perak la, Kelantan, Terengganu.. Semua nak beraya dengan atuk nenek pakcik makcik sepupu sepapat sumer. (haa sebab tulah bila hari raya bandar-bandar ni lengang) Lepastuuu dua tiga hari sebelum raya tu mulala, jam teruk dah kat highway. Pin pon pin pon sini, pin pon pin pon sana. Semua tak sabar sebab kereta tak bergerak. Nak buat macam mana, inilah dugaan bila nak tiba raya. Hehe. Kalau nak raya kat kampung, kenalah hadapi jugak >< Nak buat macam mana kann. takkan nak suruh kereta tu terbang kot hehe. Tapi, kadang, jam jam ni lah yang menambahkan suasana nak raya. Baru ada feel bro. Semua rasa tak sabar nak raya. 
Kalau aku, time nak balik raya tu  kitorang satu family akan iftar tengah jalan. Saja, sebab best. Kitorang slalu iftar kat Restoran Jejantas Sungai Buloh.  And setiap kali tulah kitorang buka puasa kat Burger King, hehe. Bukan selalu makan Burger King, slalu makan KFC, McD, Pizza Hut & Dominos je. Yang best tu, restaurant Burger King tu dia facing highway so cantikla. Sambil buka puasa, boleh tengok kereta lalu. SIlap-silap ternampak ada kereta drift kat situ ke, hehe mengarut je aku ni


bila malam raya je meesti main bunga api kat kampung. Best wuuuuuuu main bunga api dengan sepupu. 

Pastu tengok diorang main mercun. Jiran sebelah plak main bunga api yang ada kat langit tu. Cantikkkk (y). Macam-macam kaler ada, hijau, biru, merah, kuning, oren.. 

Keesokan harinya...

6.00 a.m. -kampung-
"Alamak! Tak sempat sahur!" aku mengeluh. Haih. Tak larat la nampaknya aku nak puasa harini. Hm tahan jela lapo.
"Oh lupa plak, dah takyah sahur!!"
"Yey yey raya!"

Selimut yang menutupi tubuh terus ku campak ke tepi. Lantas aku mencapai tuala, berus gigi dan ubat gigi yang dibawa dari rumah. Aku sempat menjeling baju raya yang tergantung elok di luar almari. Sudah siap digosok. 'Pasti ibu yang gosok. Terima kasih ibu,' kataku dalam hati. Sempat aku memegang baju rayaku sambil tersenyum. Tak sabar rasanya nak pakai baju raya. Dalam minda, aku membayangkan tubuhku memakai baju kurung moden itu. Fuh, lawa! (biarlah nak perasan pon, ko pahal nak sebok) Aku menuju ke tandas yang terletak di tepi dapur. 'Aik takde orang? Diorang sume tak bangun lagi ke? Alhamdulillah, tak payah aku nak susah-susah beratur.' 



Setelah menunaikan solat fardu Subuh bersama keluarga, aku tidur jap hehe. Orang lain bukannya dah bangun pun jadi apa salahnya tidur balik. Beberapa lama selepas itu, kakak kejut aku. 'Ish sibuk je dia ni, kacau tidur betul.'

"Nini, mama suruh turun makan kat bawah. Ada ketupat rendang semua tu."


Aku yang mamai tadi terus terbeliak mata! Wah, ketupat! Rendang! Sedapnyaaaaa! Dengan pantas, aku turun ke dapur. Lemang, rendang, ketupat, fuhh terkeluar air liur tengok. Aku membasuh tangan di sinki dan menikmati kenikmatan makanan di hari raya yang mulia ini. (ceh ayat takleh nak win lagi) Sumpah takleh move on makan makanan raya ni, sedap-sedap belakooo.


Selepas itu, aku naik ke bilik. Aku menyarung baju rayaku. Warnanya lembut dan menyejukkan mata yang memandang. Ditambah dengan lace yang menyerikan lagi seri yang sudah ada pada baju itu. Tudung shawl ku lilit dengan perlahan. Eh pagi raya ni, kenalah pakai kemas-kemas. 

Aku turun ke ruang tamu bawah. Kelihatan orang lain ada yang dah siap memakai baju raya masing-masing. Kebanyakannya budak-budak kecil kerana budak-budak selalu disiapkan dahulu. Sementara menunggu ahli keluargaku yang lain untuk turun, lagi-lagi kakak-kakak aku tuh yang duk berjam-jam menghadap cermin, aku pun mencapai kuih raya di atas meja. Ngap ngap ngap. 

30 minit kemudian semua orang sudah siap berbaju raya, bersampin dan bertudung.  Macam-macam warna ada, dari purple ke hijau, dari hijau ke merah, fuhh. Dah jadi warna-warni dah. Maka, bermulalah sesi bersalam-salaman antara satu sama lain. (Dan sesi mendapat duit raya!) Lagu raya dipasang di dalam rumah kayu itu. Menambahkan lagi suasana raya yang sememangnya sudah meriah. Tangan yang pertama yang aku cium ialah tangan ibu dan ayah, insan yang telah menjagaku dengan penuh kesabaran dari aku bayi sampailah sekarang. Aku meminta ampun atas dosa-dosa yang pernah aku lakukan terhadap mereka. Seterusnya aku menyalam pula tangan datuk dan nenek, dan seterusnya makcik-makcik dan pakcik-pakcik. 

Anddddddddd after that sesi click click! Yeha sesi yang paling aku sukaaa. Bergambar dengan keluarga kembangan and taking selfies~ Semua berposing sakan dengan baju raya. Ada yang buat pose macam model, ada yang buat peace, *buat duck face pun ada! Yang pasti orang tersebut bukan aku kay hahaahah. 

Selepas itu, kami membuat 'rombongan Sungai Pinang' (ayah aku yang slalu panggil rombongan Sungai Pinang) ke rumah jiran-jiran. Beraya dengan penuh kegembiraan.


-TAMAT-




Yessss itulah novel pendek pasal hari raya. Yang ditulis sendiri oleh aku. Tah tetiba dapat idea nak tulis, so tulis jelahh haha.

Kesimpulannya, raya nak dekat sangat dah ni. Kurang seminggu daripada sekarang. Lagi 5 hari! Jadi, 

Di kesempatan ini, 
ku hulurkan sepuluh jari, 
meminta untuk diampuni, 
andainya salah silap telah kulakui.

Saya mengucapkan,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI! 
MAAF ZAHIR DAN BATIN :D








Welcome to Ahna's Fantasy Webbie~ I write my stories here, so do enjoy! Don't forget to leave your footsteps so I can visit you back :3

Diary About Link Stuff




Template By: Umi Humaira
Big helped: Wana
Owner: Ahna Amani